rieduan

XAUUSD - Harga Melepasi Zon Merah Jambu

FOREXCOM:XAUUSD   黄金现货/美元

Harga pasaran kini telah melakukan terjahan ke atas dengan satu candlestick marubozu, dan ia telah memecahkan zon merah jambu dan kini berada di dalam Zon 01 Bearish Engulfing. Apabila harga pasaran telah memecahkan zon merah jambu tersebut , ini menandakan bahawa harga pasaran sedang dikuasai oleh para pembeli yang cuba untuk menolak harga ke atas sehingga ke Zon 02 Bearish Engulfing.

Ianya memberi satu teka teki adakah manipulasi harga sedang dilakukan oleh pedagang - pedagang besar sebelum melakukan jualan pukal secara besar- besaran ? Kerana jika kita lihat secara teliti julat harga 1364.00 - 1303.00 atau zon tersebut , harga pasaran berada di dalam keadaan keseimbangan sebelum satu candlestick bearish marubozu memecahkan zon keseimbangan harga tersebut.

Mungkinkah harga akan menuju ke aras julat harga 1364.00 - 1303.00 seterusnya melakukan unduran ? Pemerhatian di jangka waktu 4 jam adalah penting untuk menilai bagaimana harga pasaran bergerak sebelum meletak sebarang posisi dagangan.



免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。