Ggktrader1618

#YBS - Elliot Wave bagi kerangka masa Harian dan Mingguan

MYX:YBS   YBS INTERNATIONAL BERHAD
Dari sudut faktor teknikal, pergerakan harga YBS berada dalam keadaan "Bullish". Harga sedang berada pada paras tinggi untuk pelabur jangka masa pendek dan harga pada paras rendah untuk pelabur jangka masa sederhana.

Mengikut kiraan Elliot Wave , harga sedang berada pada paras wave 1 sub-minor bagi wave 5 minor bagi wave 3 major. Pemotongan wave jarang berlaku pada fasa ini akan tetapi lebih baik untuk melabur dengan pengesahan (confirmation) iaitu berpandukan pada volume .

Harga dijangka turun pada paras RM 0.600 sebelum membuat kenaikan untuk wave 3 subminor bagi wave 5 minor bagi wave 3 major.
Pada kerangka masa mingguan (weekly time frame), isyarat "Morning Star" telah kelihatan dan minggu ini merupakan pengesahan bagi bentuk candlestick tersebut. InsyaAllah

The GAGAK Trade
Al 'ilmu yu'ta wala ya'ti
Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi

*semua kajian adalah dari kiraan saya sendiri, jika ada kesilapan, mohon maaf. Ini bukan buy call.
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。