Pelabur

RANHILL mendaki bukit uptrend

做多
MYX:RANHILL   RANHILL UTILITIES BERHAD
1. Saham berjaya membuat pattern higher high higher low, dan sekarang dalam proses pendakian ketiga. Fasa downtrend telah pun berakhir dengan kejayaan melepasi down-trend line.
2. Saham mempunyai momentum yang sangat kuat dengan kejayaan mengekalkan harga dikala market bergegar, juga ditambah dengan fokus kerajaan pada clean energy (yang mana ranhill juga mempunyai anak syarikat yang memberi fokus kearah ini).
3. Harga sekarang berlegar pada paras psikologi kuat RM1, yang juga disarankan dijadikan entry untuk yang sedang memantau saham ini. Sesuai untuk short-mid-long term. Cut loss pada paras 99sen sekiranya gagal bertahan.
4. Dari segi corak carta (chart pattern), saham dikesan membentuk dasar bulatan (rounding bottom), di mana target price berdasarkan kaedah ini ialah RM1.30.
5. Selalunya saham baru yang berjaya melepasi paras harga IPO, akan lebih agresif berlari, dan sekiranya RANHILL berjaya menjangkaui harga tersebut (RM1.14), kita boleh melihat target price RM1.60 dan lebih tinggi lagi.
6. Dari segi fundamental, revenue syarikat terus meningkat, dan keadaan kewangan syarikat (aset, hutang) berada dalam keadaan yang memuaskan.
7. Antara pelabur besar yang menyokong syarikat ini menurut laporan tahunan ialah Lembaga Tabung Haji, MIDF Amanah Investment dan KWAP

免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。