Meem

DJI: Menguji Sokongan

DJ:DJI   道琼斯工业平均指数
Indeks Dow Jones Industrial dilihat bergerak dalam trend menurun sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Terkni pergerakan harga dilihat berada berdekatan sokongan dengan mata pembukaan lebih tinggi daripada minggu sebelumnya
Lilin minggu dagangan terkini juga dilihat cuba membentuk 'bullish harami' yang kebiasaannya merupakan isyarat awal kenaikan
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat seakan membentuk 'divergence' tatkala harga menguji rintangan
Walaubagaimanapun, trend dikatakan masih cenderung menurun selagimana belum membatalkan rintangan sebelumnya
Masih terlalu awal untuk membuat andaian selagimana lilin mingguan belum terbentuk sepenuhnya

Nota tambahan:
US10Y, indeks bon Amerika Syarikat (yang kebiasaanya berkadar songsang) dilihat cuba membentuk lilin 'bearish engulfing''
SPX, indeks S&P 500 (yang kebiasaannya berkadar langsung) juga dilihat cuba membentuk 'bullish harami'' sama seperti DJI

Dapatkah harga kembali membuat kenaikan atau cenderung meneruskan penurunan? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
免责声明

这些信息和出版物并不意味着也不构成TradingView提供或认可的金融、投资、交易或其它类型的建议或背书。请在使用条款阅读更多信息。