HIBISCS dilihat bergerak mematuhi sokongan dan rintangan saluran menaik yang terbentuk sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Harga mingguan terkini dilihat berjaya membuat kenaikan semula selepas menguji kekuatan sokongan dinamik EMA200 mingguan Paras RSI dilihat kini berada di paras positif menunjukkan kehadiran momentum Histogram MACD juga dilihat menunjukkan isyarat yang serupa dengan menuju ke arah positif tatkala harga membuat kenaikan Walaubagaimanapun, analisa volum mendapati volum semakin berkurang berbanding minggu-minggu sebelumnya ketika harga membuat kenaikan yang baharu Trend secara amnya dilihat masih lagi cenderung melakukan kenaikan selagi mana harga mematuhi saluran menaik
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu *Ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan